Program Membuat Blog di SK Tanjung Bidara adalah semperna program pembestarian sekolah mereka. Guru Penyelaras Bestari iaitu En Md Abu Fadrey bin Md Yusof telah diminta menjadi Jurulatih Utama serta dibantu oleh Fasilitator Schoolnet dan Juruteknik Komputer sekolah kita bagi mengajar para guru di sana. Di samping itu, program ini juga dijadikan sebagai landas Program Pembestarian Sekolah Bukit Beringin.
TARIKH: 11 MEI (TAHUN 2 & 3) 12 MEI (TAHUN 4 & 5) 13 MEI (TAHUN 6)
Pelajar yang berjaya melepasi skor kelayakan untuk menduduki ujian saringan kedua UKM 2 yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang mulai 7 Jun 2010. Ujian saringan kedua akan dilakukan secara terkawal pada tarikh dan pusat ujian yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang PERMATApintar.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis, terbaik dan berkesan untuk melahirkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi serta berwawasan bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat, agama dan negara.
Blog ini dibina oleh saya Hazaree Hamdan, Fasilitator Schoolnet Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin (SKBB), Masjid Tanah pada 2 April 2010. Di sini saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dan memberi saya peluang untuk membina blog Pusat Akses SKBB terutama En. Md Abu Fadrey, Guru Penyelaras ICT yang banyak memberi idea-idea yang bernas agar blog ini dapat dibina.